Kadang2 aku terfikir juga , bila aku dapat keluar macam remaja2 lain yang ibu bapa mereka kasi kebebasan dengan senangnya . Tapi bila difikir2 kan balik, aku kira beruntung sebab dididik sebegini rupa . Ialah , remaja takkan lari dari pemberontakan , jiwa muda katakan .
Tapi aku teringin nak keluar balik dengan rakan2 rapat aku , kekasih hati macam dulu2. Haish, tiada perkataan yang mampu aku ungkapkan untuk mendefinasikan perasaan aku sekarang ini. Susah macam ni , lagi2 bila aku tengok gambar2 remaja lain rancak bergembira bersama2 teman2. Lagi2 budak cina sekolah aku, sampai ke Genting Highland dan Singapore mereka bersuka ria. Jelas di hati memang aku ada rasa sedikit iri hati dengan mereka.
Harap-harap pemikiran ku tak tertutup disebabkan aku jarang keluar rumah dan aku tidak bergaul dengan siapa2, cuma pada waktu malam si dia sahaja akan jadi peneman di kala sunyi yang sanggup melayan karenah aku si pecinta hati .